CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 18, 2011

puisi kejayaan

Sebelum ini...saya hanya berpuisi mengenai cinta dan perasaan tapi sekarang saya mahu meyelit sedikit puisi tentang kejayaan yang saya ambil dari sebuah laman web yang mana puisi ini memberi makna seribu satu pengertian..memberi kita tentaang erti kesyukuran dan jangan sesekali berputus asa dalam apa jua bidang yang ingin kita ceburi...Amin....

MENUJU TUNGGAK KEJAYAAN
Ya Tuhanku,
Dalam perjalanan yang penuh berliku
Hanya pertolongan Mu yang aku pohon,
Agar perjalanan ini sentiasa dalam rahmatMu,
Dalam petunjukMu yang tidak akan pernah putus-putus,
Kerana aku yakin tanpa diriMu tiada ertinya perjalanan ini….
Ya Tuhanku,
Redhailah perjuanganku ini,
Demi sebuah kejayaan dalam kehidupan di dunia,
Dan demi kehidupan yang bakal menantiku,
Di sebuah tempat abadi diakhirat nanti…
Ya Tuhanku,
Aku ingin memberi rasa gembira,
Rasa bahagia, rasa tenang kepada kedua ibubapaku,
Dengan kejayaan yang bakal kucipta…
Dan Tuhanku aku akan terus berusaha,
Bejuang demi masa depanku,
Demi kesejahteraan sejagat,
Bantulah aku Ya Rahman,
Dalam MENUJU TUNGGAK KEJAYAAN abadi…..

Hasil Nukilan,
Ummu Kauthar.

0 comments: