CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 23, 2011

Puisi untuk Epito Mohamad Omar (my BFF)


Puisi ini bukan untuk menambahkan sengsara jiwa atau menyindir..tetapi hanya untuk renungan dan nasihat bagi membimbing sahabat saya yang dalam kesedihan..tidak pasti adakah perhubungan mereka sudah berakhir atau sebaliknya..diharap epit dapat bersemangat semula dalam menjalani kehidupan terindah ini..

Epit........
Untuk kamu.......

Memilih cinta seumpama memilih mawar
Yang selalu ada bersama duri
Jika engkau menikmti harumnya
Mengapa menolak terluka durinya
Cinta datang….
Cinta datang….
Tapi hidup harus terus berjalan
Masih ada cinta menunggu dialami
Adalah ketika kamu menitikkan air matadan MASIH peduli terhadapnya..
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIHmenunggunya dengan setia..
Adalah ketika dia mulai mencintai orang laindan kamu MASIH bisa tersenyum sembari berkata ‘Akuturut berbahagia untukmu’Apabila cinta tidak berhasil…
BEBASKAN dirimu…
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnyadan terbang ke alam bebas LAGI ..

Ingatlah…
bahwa kamu mungkin menemukan cinta dankehilangannya..
tapi..
ketika cinta itu mati..
kamu TIDAK perlu matibersamanya…
Orang terkuat BUKAN mereka yang selalumenang..
MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketikamereka jatuh
................................................................................................................................
Untuk mu epit
tabahkan hatimu..aku mengerti perasaanmu
kerana dulu...aku seperti kamu
aku tidak mahu orang lain jadi sepertiku
apatah lagi kamu
yang menunggu dan menanti
kekasih yang tidak pasti..

epit..
jangan kau menyindiri diri dari sekelilingmu
usah kau tangisi lagi peristiwa itu
usah kau mengingati nya  lagi
usah kau menantinya lagi
usahkau lepaskan segala kenikmatan idup ini kerananya
usah kau biarkan air mata ini menangis kerana nya

Kerana aku tak sanggup melihat sahabatku sebegini
................................!!..........................................

Ditaip oleh
puisi hati untuk sahabat
ann nur ain

Friday, February 18, 2011

kejayaan kugapai

kejayaan kugapai

Termenung aku mengenangkan nasib yang tidak pasti
Hari-hari yang  aku lalui
memperlihatkan aku
Sebagai seorang yang berjaya
Juga penantian ayah dan ibu
Yang ingin melihat aku sebagai anaknya
Pulang dengan kejayaan
yang bermakna

Tapi aku kini
Dalam teka-teki dan keraguaan
Apakah aku dapat
Membalas pengorbanan mereka???
Dengan membawa pulang kejayaan
Dalam keadaan aku ini
Yang hanya menghitung hari mendatang
Tanpa sebarang usaha dan tindakan
Tanpa sebarang doa dan tawakkal??
oh tidak...

Mungkinkah
Aku akan pulang dengan kejayaan
Dengan iringan titisan airmata ayah ibu
Yang jatuh ke bumi
Melihat anaknya pulang
Membawa kejayaan
Yang diidam-idamkan
Oleh semua insan

Bermula hari ini
Saat ini
Aku berjanji
Membawa kejayaan
untuk ibu dan ayah
Juga untuk diriku sendiri...
(Insyaallah)
Doakan aku wahai kawan-kawan..

puisi kejayaan

Sebelum ini...saya hanya berpuisi mengenai cinta dan perasaan tapi sekarang saya mahu meyelit sedikit puisi tentang kejayaan yang saya ambil dari sebuah laman web yang mana puisi ini memberi makna seribu satu pengertian..memberi kita tentaang erti kesyukuran dan jangan sesekali berputus asa dalam apa jua bidang yang ingin kita ceburi...Amin....

MENUJU TUNGGAK KEJAYAAN
Ya Tuhanku,
Dalam perjalanan yang penuh berliku
Hanya pertolongan Mu yang aku pohon,
Agar perjalanan ini sentiasa dalam rahmatMu,
Dalam petunjukMu yang tidak akan pernah putus-putus,
Kerana aku yakin tanpa diriMu tiada ertinya perjalanan ini….
Ya Tuhanku,
Redhailah perjuanganku ini,
Demi sebuah kejayaan dalam kehidupan di dunia,
Dan demi kehidupan yang bakal menantiku,
Di sebuah tempat abadi diakhirat nanti…
Ya Tuhanku,
Aku ingin memberi rasa gembira,
Rasa bahagia, rasa tenang kepada kedua ibubapaku,
Dengan kejayaan yang bakal kucipta…
Dan Tuhanku aku akan terus berusaha,
Bejuang demi masa depanku,
Demi kesejahteraan sejagat,
Bantulah aku Ya Rahman,
Dalam MENUJU TUNGGAK KEJAYAAN abadi…..

Hasil Nukilan,
Ummu Kauthar.

Wednesday, February 16, 2011

Syair sedih

SEDIH



apa yang harus aku kesalkan
hidup ini bukannya untuk aku seorang












 tetap melangkah walau tiada arah
hampir tewas dan menyerah kalah
cuba mencari jawapan
tapi.....

tiada.......


aku sendiri
masih mencari
terus berjalan dan berlari...
tapi...

tiada sesiapa di sini.......















 aku pejamkan mata
sekali dengan rasa hiba
moga terpadam semuanya

begolak di hati
harus lupakan semua ini
sebelum bertukarnya hari

harus bangkit dari mimpi
kembali ke dunia nyata
seharusnya aku terus ceria.....











namun aku percaya
masih ada yang mendengar
semoga esok untukku terus bersinar
agar aku tidak lagi
sedih.













senyum seikhlas hati seperti seorang bayi...
semoga merubah hati dan dunia ini...
 
 
Ditulis oleh blogger

Tuesday, February 1, 2011

sepi ku ini...

Malam ini aku terduduk di sebalik rumah usang disini
yang tiada apa hanya kesepian menemani
sunyinya malam ini seperti sepinya hati ini
Malam ini sepi kembali melanda dan menyerangku
Mengusik dan mengganggu ketenangan hati dan bathin
Terus mengusik dan mengusik ketenangan
Mengingat kembali pada semua kenangan
Dan mendatangkan rasa kesepian

Dan aku …….
Termakan oleh sepi yang kau hadirkan
Tenggelam dalam keegoan
Terdiam dalam kegelapan
mengenang nasib sepi tanpa insan
Dan kesepian ……
Aku di sini semakin terpuruk dan terpuruk
Dalam kesepian ini
Dalam kesendirian ini
Dalam keadaan yang sepi ini
hati menangis
air mata mengalir tidak henti-henti

semangat

semangat yang datang semalam
tiba-tiba menerjah dalam jiwaku
untuk aku terus bersemangat  mengejar impian
semangat yang datang semalam
menikam perasaan
yang tiba tidak diduga
disuntik oleh semangat mereka
yang begitu menagih impian
yang muncul tiba
semangat itu menjadi inspirasi semangat yang datang semalam
semangat yang datang semalam
berkobar-kobar seperti api kemarahan yang menyala
membakar minda dan jiwa
semangat yang datang semalam
mengubah segala prasangka buruk dalam diri
mampukah aku???tercapaikah aku??aduh...
katakan tidak pada prasangka ini
berfikir positif dan jangan pandang ke belakang
semangat yang datang semalam
mewujudkan impian yang tinggi
seperti tingginya gunung himalaya..
aku bangun semula dari kesusahan dan berjalan tanpa toleh dibelakang
tidak menghiraukan segala kata-kata orang
aku akan berlari selajunya untuk mencapai impian ini
kerana aku ada semangat ini..

doakan aku
ingatkan aku
berikan aku kekuatan
tunjukkan aku jalan ke arah impian
bimbinglah aku..
wahai kawan-kawan..........


-ann nur ain-
11.50pm